Zacki8






ZAKIAH



DONE FOR MATRICULATION
posted by ZakiahPurple Friday, July 21, 2017 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

안녕하세요

Selamat Sejahtera.



Hey gaisss, wassssappppp, bertahun tidak munculkan diri, kemana yaa! yaaa! kiniiiiii zakiah sudah menghabiskan pengajian peringkat matrikulasiiiiiiii, Alhamdullilah, sangat sangat pejam celik pejam celik dah habis, sekejap kan ? Tapi nak harungi masa masa di matrik sangat sangat sangat kelam kabut gaisss even zakiah banyak relax relax, hahaa, apakah? Banyak benda nak cerita, tapi sampai tahun depan pun tak habis, ini pun, post berbulan nak taip, ;P



Zakiah dapat blok c #KMJ #KMJdihatiku #Johormatriculationcollege #Matrikulasijohor #pengalamanmatrikulasi 

KMJ ada 6 blok asrama untuk pelajar matrik johor, 2 blok lelaki, 4 blok perempuan, Zakiah yakin mesti ada calon pelajar matrik yang akan seaching google, kisah kisah seram di kmj lah di blok asrama lah, macam Zakiah sebelum masuk matrik, hahaha, #Keakusorangje Google banyak kisah kisah seram di KMJ, tapi banyak pasal makcik karipap at tingkap, batch 16/17 takde plak dengar pasal tu, cuma time dah nak exam, 2016, ada beberapa orang histeria, masa tu first time zakiah alami situasi kedengaran orang menjerit, waktu ceramah satu hal, waktu prep satu hal, ingat lagi Zakiah mengigil bila dengar jeritan orang histeria, Zakiah sempat pergi tandas sorang sorang gais, nekad je waktu tu,

Oh yaa, KMJ ada prep malam, tak boleh duduk dalam bilik dari jam 8malam - 11malam. Masa sem 1 je diwajibkan, sem 2 ramai duduk bilik jaa, suka tak suka kau kena turun jugak, tapi banyak je faedah, kau boleh buat assignment dengan kawan kawan, boleh bertanya, tak usah menghadap wasap untuk tanya soalan. hahaha. best apa keluar malam malam, buat apa terperuk dalam bilik, tepu otak, boleh je berjalan pergi Kafe, Koop (shopping jajan jajan), beli ayam crispy di Kafe C (FAVARITOSSSSSSSS, SEDAP) port paling best untuk prep atau bincang assignment apa semua dekat Balai Ilmu (Sebelah masjid)

Oh yaaa, malam malam, lelaki tidak dibenarkan masuk ke Kafe B dan C, (Kafe perempuan) Siang siang Kafe B jadi tumpuan tak kisah laki ke perempuan, sebab sedappppppppp, Setiap kali makan je, tak kesah kafe mana, mesti bahas pasal harga ayam, HAHAHAHA, Zakiah jenis suka berjimat tau, kekadang makan, NASI+SAYUR (RM2) NASI+AYAM goreng(RM3.50) tu yang selalu beli, kekadang bila mood selera sedap sedap, suka makan ayam sambal hijau, sedap gaisss, sedap gila.. itu belah tengah hari kafe sebelah blok D, (KafeB) Tak silap sekarang dah tukar, tapi tatau lah, 

Matrik ni life dia 24/7 memang dengan assignment (carry mark paling banyak), tutorial, kuiz ( ada lect yang suka mengejut, so sentiasa bersedia), past year (INI TERSANGATLAH PENTING) dan sebagainya, semua apa yang lect suruh, mohon dengar dan buat, kekadang itulah carry mark, kalau rajin, masuk lah apa apa jawatan, JAPPIM, JPP, etc. 

Course di matrik ? Matrik ada 4 modul (Tak termasuk matrik teknikal) 
Modul 1 - Sains hayat (MATH, BIO, CHEMIS, PHYSIC)
Modul 2 - Sains Fizikal (MATH, SAINS KOMPUTER, CHEMIS, PHYSIC)
Modul 3 - (MATH,SAINS KOMPUTER,CHEMIS,BIO)
Modul perakaunan (yang ni zakiah tak tahu)

Subjek tambahan - DINAMIKA, P.ISLAM, KOKURIKULUM, (seminggu sekali) dan BI
contoh jadual KMJ


Kehidupan di matrik tersangat lah best kalau awak best* Maksud Zakiah, kalau awak pandai create memories, bila dah habis matrik nanti comform rindu punya lah, jangan ponteng sebarang aktiviti tak kesah lah wajib ke tak, setahun je awak at situ, haha, 



pasal outing pulak, KMJ outing nya di pekan tangkak je, outing pempuan jumaat, lelaki sabtu, pengangkutan outing pun ada di luar pagar kolej, ada bas van sekolah akan tunggu korang, then, dia akan turun kan korang di depan kepci, hihi,The store tempat shopping dak dak KMJ, dengar cite, DIY dah bukak dekat tangkak, wahhh, best nya shopping en, Biasanya elaun masuk je, hujung minggu mesti ramai gila dekat BSN, Elaun jangan cakap lah masuk bila, 2 bulan sekali pun ada, so, mohon keluarkan duit dengan secukupnya, dan berjimatlah, jangan nak kepci pijja je tiap minggu. hahaha. last outing korang boleh je plan dengan classmate pegi mandi Gunung ledang atau melaka



Panjang pulak menaip ni. jom usha usha gambar pulak


















XOXO,
ℤɑĸiɑʜ ℙʋʀƿɩε

0 Comments:

Post a Comment

inspired by Wanaseoby