Zacki8






ZAKIAH



From UPM to Batam
posted by ZakiahPurple Sunday, January 19, 2020 0 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

안녕하세요

Selamat Sejahtera.



Assalamulaikum kawan kawan bloggggg saya. Tidak terlambat lagi kan saya nak mengucapkan Selamat tahun baru 2020. Mogaaa tahun ni lebih baik dari tahun sebelum sebelum nya. Hahahahah. Wehhhh. banyak gila kutttttt story yang terjadi 2019. Tapi tak kesempatan nak cerita. macam macam drama wehhhhhh. 2019 paling banyak turun naik pasang surut emosi aku. Banyak wehh... Dari aku kena tipu dengan lelaki hm... sampai lah aku susah susah buat apps untuk AR. Banyak doooo nak cerita. Tapi aku jenis cepat lupa tau. hahahah. Ada masa aku ingat ada masa aku lupa yang pasti memang penuh drama tahun lepas. hahahhah.

okey sambung ke agenda kita untuk kali ni!! zakiahhhh nak cerita satu trippppp. Its my first trip ke oversea yerrrrr. Itupun sebab ada kerja nak buat hahahaha. Under Fakulti, Subjek Augmented Reality.  Subjek yang aku rasa paling mencabar sepanjang aku 5 semester dekat UPM. and it was FUN okehh!!  Walaupun mencabar, penuh rintangan. but i survived. dengan jayanya. Sebenarnya aku excited sebab yelaaa. Aku suka jalan, suka trip, suka travel, suka tengok budaya luar, kenal negara orang. Bila peluang tu ada, aku grabbbb cepat cepat. Seronok apaaaa cari pengalaman baru. Aku cuma berdebar untuk showcase project aku kat poliBatam je, yang lain i enjoyyyyyy terukssss.

UPM-Batam 
8 January 2020 - 12 January 2020
5 Hari 4 Malam
Menaiki Bas dari UPM 
Menaiki Feri Dari Stulang laut
Hanya bayar RM190 termasuk bas, travel agent, apartment, makan tengah hari dan malam. (Dah tolak subsidi yang diberikan oleh fakulti)
Duit Jajan RM300 (1Juta Rupiah)

Actually kitorang kat sana tak plan sangat pergi mana mana, cuma tau tujuan utama kitorang Pergi poliBatam untuk showcase dan pergi ke Infinity Studio Batam dan Nongsa Digital Park. Yang lain semua ikut agen yang bawak. Hahahaha. 

Hari Pertama 
Waktu malaysia jam 5 pagi gaissss I bangun sebab barang ada lagi aku tak simpan dalan pantry Blok Baung tuhh. tapi dah bangun, takut pulak nak pegi tandas. Tunggulah Azan, jam 6 pagi, baru berani pergi tandas. Kelam kabut nk bersiap sebab dah janji jam 6.30pagi gerak. Terima kasih kat Morazoka sebab dia tolong hantar kami bertiga pagi pagi kat Fakulti. Hahaha. Dalam 7 pagi gitu bertolak dari UPM. Dalam jam 1 tengah hari camtu, sampai di Terminal feri Stulang Laut, JB. Jam 2 lebih masuk feri. Subhanallah, aku mabuk teruk yaa. Kat bas ok je, sampai feri takleh tahan. Sampai Batam dalam jam 4 (Waktu Indonesia) camtu lah. Then tempat arrival tu, agen pegang sign (UPM) hahaha cute sangat, macam kita ni  artis korea gituuuuw. First place agen bawak, ke tempat beli simcard. Aku tak sure berapa harganya.. Aku tak beli pun, huhu, malas aaa waktu tu iphone aku bukan nya selalu dapat line pun. lagipun apartment kitorang ada wifi. Aku pakai roaming, sehari RM7.88. Celcom punya. tapi aku tak lah pakai untuk 5 hari. gilaaa kau. hahahah. aku pakai 3 hari. dari hari kedua sampai keempat je. pergi ngn balik tayah ada internet. Sebb kat feri boleh dapat line kat malaysia dalam perjalanan tuu. Kitorang sampai ke Queen Victoria Apartment dalam jam 6 lebih. Masa ni dah maghrib yaa. Malam kami tak ada aktiviti sangat punss. Kitorang berehat setelah hampir 12 jam perjalanan hahahaha. Malam tu kami order martabak manis dan martabak telur tak silap. from grab food. Nasib baik ada Tia (my roommate), dia lah yang recommend makanan apa yang popular di Indonesia. Actually she's from Jakarta yaa. Thats why she know. hahahah.  dan Martabak nya SEDAP GAIS. Memang kami di sini food hunting tapi di bilik. hhahahahha. Martabakk telur tu ya ampun. sedappp dooo. Kitorang sebenarnya dah kenyang makan nasi ayam penyet. Tapi tu lah nak dessert, tu yang sanggup order. Then. Disebabkan banyak sangat, sampai housemate yang lain pun tak sanggup nak habiskan. Kitorg decide nak pergi rumah dr kami kat bawah nak bagi sikit lah alang alang nak pinjam saterika hahaha. Meriahhh aaa rumah dr. Aku pulak sibuk nak belajar guna steam iron hahaha. Habis semua guna, kitorg punnggg balikk rumah kitorg.. dan tiduqqqq. 

Hari Kedua
Jam 9.00 kami diarahkan berkumpul dibawah. seperti dirancang, hari kedua kami pergi ke Infinity Studio dan Digital Nongsa park. Tempat tu more kepada nak tengok animasi, macam mana process dia kat office, tempat2 pengembaraan, tempat2 shooting. Hahaha. aku kat sana banyak video. Aku dah upload kat youtube, tekan sini kalau nak tengok. Lepas ke DNP, kami tiada hala tuju dah lepas tu, so kami singgah lah pantai Nongsa. Because of aku ni peminat beach. Aku suka yeeeeeee. tapi tulah masa tu memang aku berkain!! Tapi salah kain. aku rancang kain bunga2 hari ke4 nanti, tapi pergi pantai pulak hari ke2 haih hahahaha. tapeeeee. janji gambar cantik!!!! Semua gambar cantik cantik credit to Ajan. Sebab dia photographer dengan rela hati hahahaha. Sorry Ajan. Lepas tu kami singgah solat kat Surau At-Taqwa. heeeeeee. Aku bahagia eh waktu ni, dah lah baru sebut. kahkahkah. Then kami teruskan perjalanan ke Welcome to Batam, kat depan tuuhh semata nak bergambar. ;P Lepassss tuuu kami pergi ke Masjid Cheng Hoo, Masjid diaaaa unikkk. tapi disebabkan aku penat naik turun bas, so aku turun kejap amek video pastu masuk bas balik... hahahah. Lepas tu aktiviti paling aku suka, shopping kat DC mall sampai jam 6petang. eh wait, aku macam terlupa sesuatu, sebelum ke DC mall ni ada 2 tempat souvenir dia singgah, satu tempat coklat, kek kek, dan lagi satu tempat batik2. Takkk hengggat nama apa. tapi memang tempat popular lah untuk tourist. Masa aku kat DC mall, best weh barang dia banyak mur mur. Aku shopping kat supermarket dia beli stok mee sedap banyak banyak. pastu beli susu, susu coklat pisang jenama Hilo sedappp dooo. Syok banding2 harga kat DC mall, sampai tak beli yeee bag rotan, haih. ni paling menyesal masa aku kat Batam. Tak shopping bag. Bag kat sana murah murah, cantik cantik. haih.... Lepas shopping, kami pulang ke apartment, rehat2. Malam tu kami order satay yeeeeee. satay kambingggggg. Fuhhh. nikmatttt. Lepas makan, aku gi swimming dekat pool bawah. hahahha. seronokkkk kauuuu dapat mandi pool. Tapii feel dia lain sikit sebab malam. Siap videocall Morazoka hahahahahahaha. Baru duduk Batam 2 hari dah freehair hehhhhh. hahaahhha. disebabkan malam tu aku tak berapa selesaaa aku tanak mandi lama, kalau ikutkan aku suka mandi pool lama2. hahah. 

Hari ketiga 
Hari ditunggu tunggu di nanti nanti. Kahhhhh. Hari yang mendebarkan. yes. Showcase. mendebarkan. Sebab sebelum ni presentation semua, client yang buat, kalau aku pun, aku? In malay okeh. no no english. hahahahah. tapi tak sangka. yes. ididit. i was speaking in english. hahahahah. lantak lah berterabur. atleast i can do it. Bangga betul aku hari tuuuu. hahahah. Lepas showcase, kami semua dapat melawat lab diorang yeee. lab VR, lab animation, segala lab lahhh. dorang banyak lab.... lain lain lab, lain lain function. Lepas lab visit, kami berehat. Lepas solat, kami balik apartment letak barang showcase semua. Lepasss tu kami pergi keeee Barelang Bridge Batam. Santai santai, bergambar. Then, singgah pulau tonton dan pulau apa tah. dannnn singgah Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah. Masjid ni wowwww besar dannn dia ada payung macam Payung kat masjid Nabawi. Cantiikk. Lepasss tuuu kami ke Nagoya Mall. Kami kat sini tak shopping sangat, sebab harga lebih kurang dengan Malaysia. Aku sempat lah beli kek hahahah. Kat sini kitorg tak lama punnn, sebab tade apa yang nak dicarii. Hari ni aku tidur awal. Penat mungkin.

Hari keempat
Hari yang aku pakai kain bunga bunga. tapi harharhar. Tak pergi pantai pun. Disebabkan hari kedua dengan hari ketiga banyak berjalan. hari keempat dah taktau pergi mana. Nasib baik lah agen ni banyak tempat dia suggest. Disebbkan hari keempat adalah hari jalan jalan. So kitorg bergerak pagi untuk sarapan pagi. di Morning Bakery, macam macam pilihan makanan adoooo kalau nak makan. Lepas makan pagi, kami semua pergi ke tempat shopping lain, aku dah taktau nama dia apa. dia macam pasar lah kut, tapi aku ngan kawan2 aku lalu je tak masuk pun, masuk kedai kedai tepi tu jeeeeeee. Sebb kan dia dah pesan hati hati, tu yang bawak geng laki ye. hahaaha. Kitrog kali ni masuk bas dulu tau hahahahahh. sebab dah tak boleh brain nak shopping apa. Pastuuu balik apartment solat semua tukar seluar sebab nakkk pergi Lembah pelangi. Untuk bergambarr2, cantik aaa tempat camtu. aku suka hahahaha. nature sangat! Lepas tu sambung shopping. hahahaha. tatau mall keberapa dah. Batam City Square ke Megamall. Tapi okey lah, dapat lah shopping kain batik dengan kain pelikat. Hari ke4 kitorg balik awal sebab malam nak dinner kat luarrrrrrr. Oh ye, sebelum ni dinner, diorg hantar ke bilik. hahaha. Hari last ikut pakej kitorg makan Seafood, dekat Wey Wey seafood harbourbay. Dapat lah merasa siput gong gong, even aku berani makan satu je. hahaha. Pastu balikkk. balik kemasss kemasss baggg sebab esok nya dah balikkkkkkk. Pastu kemas kemas. siap kemassss, turun sebab nak main uno kad. hhahahha. lama tak main. masalahnya bukan main uno kad je. macam ice breaking. kenal masing masing. Sebb main true or dare tapi tade dare._. Sampai 1:30 pagi ye mengenal hati masing masing. hahahaha. open gila malam tu. semua nak tauu. 

Hari Kelima
8:30 pagi kitorg gerak ke Batam centre sebab feri jam 10:30pagi. Sampai JB jam 2 petang waktu Malaysia. Sampai sampai mak dah tunggu hahaahaha. wehhh. maluu tauuu. hahahaha. dah tu jeeee perjalanan di sanaaaa. Gambar lambat nak upload, so tengok lah video kat youtube. SINI SINI.

Okey baii kita jumpa next post. 


  




XOXO,
ℤɑĸiɑʜ ℙʋʀƿɩε 

0 Comments:

Post a Comment

inspired by Wanaseoby