اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
안녕하세요
Selamat Sejahtera.
Alhamdullilah. Syukur kepada Allah. Pada 13 ogos 2021 berakhirnya saya sebagai seorang pelajar University Putra Malaysia. Setelah 4 tahun mengharungi liku liku kehidupan di universiti. Eh tak. 3 tahun setengah. Lagi setahun setengah aku berada dirumah. 🤣 Maka berakhirlah aku menjadi pelajar Multimedia di UPM. ✨ Alhamdullilah. Allah memberi aku rezeki yang sangat besar. Aku mendapat tawaran bekerja sebagai Software Developer di sebuah company swasta. Hari ini hari ketiga aku sudah mula bekerja. Walaupun aku wfh. Tapi aku masih tidak percaya aku dah officially software developer. Aku masih tidak percaya. Kerana. Ini merupakan salah satu cita cita aku sejak 2012. Lama. Semua ini kerana Blog. Yah. 2012. Bermulanya minat aku dalam dunia programming. Aku belajar mengenal code programming sejak aku belajar design blog. Belajar bermain dengan code code JavaScript HTML dan juga css. Allah mempermudahkan urusan aku untuk mencapai cita cita aku. Selepas aku spm aku membuat keputusan untuk sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Masa ini. Aku masih was was dengan jalan yang aku pilih. Tapi aku tetap teruskan. Ingat lagi saat aku pertama kali berjauhan dengan keluarga demi cita cita aku. Aku excited. Tapi. Aku sedih. Aku sedih berjauhan dengan keluarga. Aku homesick. Aku ingat lagi. Berat badan aku jatuh mendadak. Aku ingat lagi. Hari first di matrik. Bulan puasa. Aku tidak makan banyak. Cukup sekadar bersahur biskut. Berbuka kurma. Selama sebulan aku kurang makan nasi. Aku hanya makan jika ada orang ajak aku berbuka sekali. Aku sangat pemalu. Aku susah untuk bergaul dengan orang. Demi hari, aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ketika itu. Aku tidak menyangka aku dapat survive di alam matrik. Bak kata orang. Satu hari satu bab. Bayangkan. Bertapa laju nya. Waktu itu. Cgpa saya tidak begitu cantik.
Ketika di matrik. Waktu pspm 2, semua sibuk tentang permohonan ke university. Yelakan. Lagi berapaa bulan je nak habis. Waktu tu sibuk dengan kerja homework. Aku tidak ada masa pikir panjang mahu sambung di universiti mana. Yang aku ingat. Aku letak pilihan pertama. UPM multimedia. Aku tak tahu kenapa aku pilih UPM. Kalau ikutkan cgpa waktu itu, orang kata aku tidak layak. Tapi aku teruskan dan aku tidak menyangka. Aku dapat tawaran pilihan pertama. Alhamdullilah. Allah beri lagi rezeki. Aku tidak menyangka aku boleh masuk ke UPM. Aku yakin rezeki Allah beri. Tidak salah jika kita mencuba.
Masuk je UPM sapa je tak happy. excited. sangat. macam tak percaya. Dapat masuk universiti. 4 tahun harungi macam macam. Naik turun. Tibe tibe eh. dah habis. yey. Masa intern, aku fully work from home. Teringin nak bekerja kat office. Pastu teringin nak bergaya macam orang bekerjaya. Tapi tak reti fashion. 😭 Tak apa. slow slow. Semoga satu hari nanti dapat merasa kerja kat office. Mesti best kan.
Orang nampak macam smooth je kan perjalanan aku. Tapi tulah, susah. dengan ada je orang tak support aku. Ashik bagi kata negatif. Rendah kan aku. Aku ok. Tapi aku ingat sape yang selalu support aku. sokong apa yang aku nak buat. Siapa yang pernah dengar aku membebel, menangis, meluah, Aku ingat. Bila aku jatuh. Aku ingat siapa yang kat belakang aku. Mungkin ada orang kata aku dah sombong ke apa. Aku masih ingat korang lagi. Cuma aku nak rehat dari bersosial. Aku nak focus kerja. Perjalanan aku panjang lagi. Banyak lagi yang aku nak bukti kan kat orang. Aku nak buktikan. Pilihan aku. Jadi Software Developer. Tak salah. Aku nak buktikan Kerja bidang IT bukan bidang kaleng kaleng. Aku nak buktikan bidang aku pun boleh bergaji besar.
Masa aku dapat tawaran kerja kan, sebenarnya aku takut sangat. Takut nak dapat lagi banyak masalah yang akan datang. Ilmu aku tak cukup lagi, Banyak lagi benda yang aku perlu belajar. Banyak lagi. Aku rasa, apa yang aku belajar sekarang ni, sekecik kuman. hm. Bagi aku masa. Aku boleh. Cuma aku lambat. Hahahah. eh Panjang nya karangan aku kali ni. kejap je dah panjang. Tapi bila nak buat report bukan main lama lagi nak panjang hahaha. Btw Bahasa kali ni pelik tak. Aku dah lama tak menaip. Hari ni tibe tibe terasa nak menaip. Hahaha.
Dah habis intern. Dah boleh main game balik kan? Hehe. Ada sape sape yang main GTA FiveM. kut kut boleh jumpa kan >.<
Okey lah. Jumpa next Post. byee.
XOXO,
ℤɑĸiɑʜ ℙʋʀƿɩε