Zacki8






ZAKIAH



Welcome 2020
posted by ZakiahPurple Sunday, January 19, 2020 1 comments

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

안녕하세요

Selamat Sejahtera.


Image result for happy new year 2020 copyright free images

Sudah terlambat ke aku wish Happpy newww yearrrr!!! Hahahaahh. Akhir nya saya dapat menyambut New year di luar kolej, dah 2 tahun ye saya sambut new year di kolej, satu tahun tu tengok kat tepi jalan KTDI, satu tahun tu tengok dari bilik masak maggi je. HAHAHAH. Alhamdullilah tahun ni buat kerja gila sikit, alang alang dah keluar malam kat Bangi. Kitorg sambung ke Putrajaya nak tengok Firework. Hhahahaha. Ramai dooo. dah lah tak boleh parking dalam, jauhhhh jenuh jalan dari parking ke Istana kehakiman. dah lah perjalanan nya buat benda yang memalukan, panjat pagar tepi jalan, yaaaa ampunnnnnn. hahahahaha. Tepat jam 12 masa nak melintas, tapi memang dah terlalu dekat. hahahah, berjaya rakam... aaaa. suka tengok tapi seram. 

Haih, panjang benor pendahuluan. kahkahkah. okehhhh. 2020 sudah. dah 22 tahun. cepatnya aku tua kan? hm. tauuu takkk 2019 tahun paling bagi banyak pengajaran kat aku, kiranya tahun paling banyak drama lah. hahahah. Benda dah lepas tak payah lah nak ingat kan? tapi aku tetap nak cerita. Tak suka jangan baca heheh. Aku taktau lah aku rasa 2019 permulaan yang sangat baik. Sebb waktu tu camne ek. aku cam dah ada buah hati aaa gituwww. Baru lepas dateee kowwtttt, FIRST DATE KAU TAHUUUUU!! Seumur hidup aku, tak penah date berdua... yeee. aku bahagia do. Aku dah lah suka late night drive. Dengan kesayangan. ... . Drive laju laju, rindu. Kau bawak aku tengok wayang, Makan makan, Jalan Bandar, hmmm.... Aku rindu doo.. Sumpah rindu. tapi tulah kau, 2019,,... tang lepas aku kem. Kau hilang. tanpa berita. tahu tahu. KAU DAH BERPUNYA. memang aku rasa bodoh. Aku takkan percaya lelaki dah. sebelum ni punya susah aku nakk bukak hati. Kau hancurkan gitu. Pandai kan aku percaya kat kau... "Kawan Sekolah baik" haaaaaaa kena tipuuu. Even kau dah kenal lama macam mana pun, kau jangan percaya. ni aku rasa kawan aku tatau ni. huh. Nasib aku bukan kaki cerita pasal kau kat kawan aku. kawan aku tu geng kau gak. hahahaha. Haih. Ingat senang nak move on????!!!


Hahaha. okey move on. Lama gak aaa hati aku tutup, pastu sem ni minggu ke12 hari rabu petang, tepat habis satu kumpulan ni presentation. kelas jeng jeng jeng jeng. Masa nak balik... ada drama, gula gula diberi oleh mira kepada aku terjatuh ke kerusi depan hahahahahah. TAK SENGAJA OKEH.  Pastu disebabkan aku malu, yee aaa, lelaki kut kat depan.. aku ingat aku nak biarkan,,. Aku terkejut, tiba tiba suara kiena menyapa "Zackkk amek lah gula gula tu, suruh budak laki tu amek kan" WEHHHHHH. tahap malu aku tak dibendung. Kenapa aku nak malu siaaa. Pastu kiena yang cakapkan....... Pastu kan. HAHAHAHA. Weh. .... DIA COMEL GILAAA. Weh. Jarang aku puji lelaki cani.. penah ke? hahahah. Wehh... dia comel gila. dia senyum. alahai. dia senyum, aku cair gila. hahahahahahah. weh. apa aku ni. tak penah puji budak tu sampai macam ni. sampai ke kelas seterusnya. en. aku ashik cakap dia COMELLLLLLLL yaaa ampunnn... dia comel. Aku ulang cakap dia comel sampai semua menyampah dengar. hahahahah. Aku perasan, dah minggu ke 12, minggu 13 ada cuti. boleh jumpa dia sekali, btw, sebelum semua tu terjadi, masa sebelum kelas bermula hari tu, aku lepak dalam kereta, aku tataulah aku ni power dari jauh boleh kenal budak tu padahal seblum ni tak amek tau pun. Moto diaaaa. hahaha. Pastu kenapa terjadi betul2 selepas dia presentation? Masa dia present aku main phone. tanak dengar dia bebel. Tapi bila dah tau dia comel, rasa menyesal pulak tak dengar apa dia bebel. Mesti masuk ke otak. Pastu ada sehari sebelum aku ponteng minggu 14 kalau nak jumpa dia. Minggu 13, hari isnin, aku masuk kelas, tengok moto dia ada. hahahahah. masuk kelas. tak jumpa dia. tapi kawan2 aku dah bagi hint, aku bengang asal aku tak nampak. hahaha aku ikut je lah apa kawan aku suruh. Dorg bagi seat. Tengok tengok..... BELAKANG budak comel weh. Aku nangis hahahahahahahahahahahahahahahha. Mira kat sebelah cuakk dah. Aku nangis tiba2. Aku tatau kenapa nangis, padahal tade buat salah apa. hahahaha. Terharu dapat jumpa dia sebelum cuti. hahahaha. Minggu 14 aku kuat semangat ponteng tanak jumpa hahahahah. Suka tengok diaaa. comel bohh. Terus stalk ig dia en.hahaha.

Sebenarnya banyak lagi weh cerita, ada kisah ex aku minat kawan aku... lagi sedih. tapi sis ok. ada kisah kena tipu banyak aaa. Last year hhahahah, haaa birthday aku, terharuuuuu dapat hadiah game dooo. kat Steam. Game(Just Cause 3 dengan Tomb Rider) dari budak pubg aku. ahahah. Tak guna lagi, tunggu laptop gaming keee. laptop windows ke, aku tak nak try kat macbook, sayang wooo. penah rosakkk. parah parah. Semester 5 ni aku nampak lah siapa kawan siapa lawan. ahahhaa. dalam satu masa aku nak pikirkan KPR, MAKB, AR. fuhhh. sakitnya. Tahun ni aku bahagia sebab kawan aku melahirkan anakkk. comellll gilaaa. Aku dah lah suka babyyyy. Hahahaha. Baby orang lain aku malu. Bila kawan sendiri punya anak, berani lah aku dukungggg. sukaaa gilaaaa kut baby. Tujelaaa kut aku boleh cerita. yang lain pendam di buku hati yang dalam. 

BTW, last post aku ada cakap aku nak "Hiatus" mode kan. tapi tulaaaa. aku suka menulis heheh. tapi cuma tade masa je... hm. lepas ni ingat aku nak tulis sebuah cerita, tapi tanak berformat format hehehe. kisah dari jeng jeng jeng. okeh bai. jumpa next post. 



XOXO,
ℤɑĸiɑʜ ℙʋʀƿɩε 

1 Comments:

Blogger Littlexme said...

comeel la cerita niii hahah

http://mylittlestoryi.blogspot.com/

24 January 2020 at 10:53  

Post a Comment

inspired by Wanaseoby